Unit ICTCarta panduan untuk guru
Dari topik DSKP ke game yang murid boleh main di telefon, dalam satu sesi. Pilih jenis game ikut kemahiran yang hendak dilatih, jana prompt, tampal dalam Gemini atau Claude, kemudian terbitkan secara percuma di Cloudflare. Ada akaun Canva? Canva Code terus beri link, tanpa deploy.
Tonton dahulu
Semua langkah dalam laman ini, dari pilih topik hingga game hidup di internet. Termasuk jalan pintas Canva Code. Sekitar 1½ minit, dengan subtitle.
Enam langkah, ikut urutan. Anggaran masa untuk game pertama: sekitar 45 minit.
index.html dalam satu folder.3 minSebelum mula
Deploy bermaksud meletakkan game cikgu di internet supaya ia ada alamat (link) sendiri, sama seperti laman web sekolah.
Game yang siap dalam Gemini atau Claude ibarat lukisan dalam buku conteng cikgu: hanya cikgu yang nampak. Deploy pula ibarat menampalnya di papan kenyataan sekolah: sesiapa yang ada link boleh buka, di mana-mana, bila-bila masa.
Di kelas, di rumah, di telefon ibu bapa. Tiada pemasangan aplikasi.
Gemini dan Claude ada had umur. Dengan link sendiri, murid tak perlu log masuk apa-apa.
Tak hilang walaupun chat AI dipadam. Boleh guna semula tahun depan.
Tiada iklan, tiada ruang chat. Murid nampak game sahaja, penuh skrin.
Boleh untuk mencuba atau tunjuk kepada rakan guru. Tetapi untuk murid, link sebegitu mungkin meminta log masuk, memaparkan ruang chat AI, dan bergantung pada akaun peribadi cikgu. Deploy di Cloudflare memberi game itu rumah sendiri.
Langkah 2Carta pemilihan
Mula dari kemahiran, bukan dari jenis game. Tekan Guna jenis ini dan borang prompt akan diisi automatik.
Langkah 3Penjana prompt
Prompt dikemas kini serta-merta. Contoh sudah diisi; tukar kepada topik cikgu sendiri.
Tampal di Gemini (pilih Canvas), Claude atau Canva Code.
Langkah 4–5Bina, uji, simpan
Mahu terus dapat link tanpa simpan fail dan deploy? Guna Canva Code (bahagian seterusnya).
Simpan sebagai index.html. Jika menyalin kod: Windows guna Notepad → Save As → jenis All Files → nama index.html. Mac guna TextEdit → Format → Make Plain Text dahulu. Letak fail itu seorang diri dalam satu folder, contoh kuiz-sistem-suria. Nama mesti tepat index.html, huruf kecil: itulah halaman pertama yang dibuka bila murid tekan link.
Pilihan CJalan pintas
Canva Code membina game daripada prompt yang sama, kemudian menerbitkannya sebagai laman web. Tiada fail untuk disimpan, tiada upload ke Cloudflare. Ikut label kuning A B.
index.html dan upload (Langkah 5–6)Log masuk Canva (akaun guru / DELIMa). Di laman utama, A tekan ikon Code (Create new).
Rujuk Rajah C1
A Tampal prompt dari penjana prompt dalam kotak Describe your idea, kemudian hantar.
Rujuk Rajah C2
Canva AI kadang-kadang bertanya dahulu, contohnya skop soalan. A Pilih jawapan yang sesuai dan tunggu Preparing everything… selesai.
Rujuk Rajah C3
Game muncul di sebelah kanan. A Tekan Preview dan main sampai habis. Perlu ubah? Taip permintaan dalam kotak chat (guna prompt pembaikan).
B Bila puas hati, tekan Publish website.
Rujuk Rajah C4
A Di Subpath, taip nama pendek: huruf kecil dan sengkang, contoh kuiz-wang-tahun-4. Alamat utama (Site address) ikut akaun Canva cikgu.
B Tekan Publish.
Rujuk Rajah C5
A Tekan View your website untuk buka game, kemudian salin link dari bar alamat.
Customize your domain tidak perlu; abaikan sahaja.
Rujuk Rajah C6
A Inilah link game cikgu. Buka di telefon sendiri dahulu, kemudian kongsi di Google Classroom / WhatsApp atau jana kod QR.
Semak senarai semak sebelum kongsi dengan murid.
Rujuk Rajah C7
Perlu tahu: link Canva bergantung pada design dalam akaun Canva cikgu. Jika design itu dipadam atau dinyahterbit (unpublish), link akan berhenti. Ciri Canva Code juga mungkin berbeza ikut jenis akaun Canva.
Langkah 6Deploy
Percuma, tiada iklan, link kekal. Cara Direct Upload: upload folder sahaja, tidak perlu GitHub. Gambar di bawah ialah tangkapan skrin sebenar; ikut label kuning A B.
Sudah guna Canva Code? Langkau bahagian ini; game cikgu sudah ada link.
Pergi ke dash.cloudflare.com → Sign up dengan emel. Sahkan emel. Sekali sahaja.
A Tekan Workers & Pages di menu kiri (di bawah Compute).
B Tak jumpa? Taip Workers dalam kotak Quick search.

A Butang biru di penjuru kanan atas.
Rujuk Rajah 6
A Pautan kecil di bawah sekali. Jangan pilih GitHub atau pilihan lain dalam kotak.
Rujuk Rajah 7
A Tekan Get started pada kotak kedua (ikon awan).
Rujuk Rajah 8
A Taip nama: huruf kecil dan sengkang sahaja, contoh kuiz-sistem-suria. Nama ini jadi alamat game: kuiz-sistem-suria.pages.dev
B Tekan Create project.
Rujuk Rajah 9
A Seret folder ke dalam kotak bergaris, atau klik perkataan folder.
Rujuk Rajah 10
Cari folder game cikgu (contoh kuiz-sistem-suria, rujuk Rajah 4). Pilih folder itu, jangan buka ke dalamnya.
A Tekan Upload.
Rujuk Rajah 11
A Pastikan senarai menunjukkan folder dan index.html di dalamnya, dengan tanda ✓ biru.
B Tekan Deploy site di bawah kanan.
Rujuk Rajah 12
Skrin “Success!” muncul dalam beberapa saat.
A Inilah link game cikgu. Klik untuk buka. Jika keluar ralat, tunggu 1–2 minit dan muat semula.
Rujuk Rajah 13
A Game kini hidup di alamat sendiri. Buka link di telefon sendiri dahulu dan main sampai habis.
Kemudian kongsi di Google Classroom / WhatsApp kelas, atau jana kod QR (Chrome: ikon kongsi → QR code) untuk ditayang di skrin.
Rujuk Rajah 14
Workers & Pages → buka projek → Create new deployment → upload folder baharu. Link kekal sama, murid tak perlu link baharu.
Sebelum kongsi dengan murid
AI boleh tersilap fakta dengan yakin. Cikgu tetap pakar isi kandungan.